Collecting the bottles
Team pengurusan telah bergerak mencari botol-botol untuk digunakan dalam projek pada kali ini. Setiap orang telah dibahagikan tugas masing-masing di mana mereka dikehendaki mencari botol-botol yang diperlukan di kawasan rumah yang terdekat, menanyakan kepada rakan-rakan sekelas dan mencari di sekitar kafe-kafe.
Fungsi botol bagi projek ini adalah sebagai alat pelindung LED dimana ia akan digunakan untuk melindungi LED itu tersebut dari sebarang kotoran dan air sekiranya berlaku hujan.
Team kami juga telah pergi ke R&D PAPERS dimana terleak di sekitar Gong Badak. Syarikat ini merupakan syarikat persendirian yang menumpukan kepada bahan kitar semula barangan terpakai. Malah, pihak meraka sangat mudah untuk berinteraksi dan memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak kami dalam pencarian botol-botol terpakai ini. Mereka sangat ramah dan membantu kami dalam mencari sejumlah botol yang bnayak. Kami berpuas hati dengan jumlah botol yang diberi oleh mereka. Malah, memudahkan lagi kerja kami dan boleh lakukan aktiviti seterusnya.