Buying stuff likes foods and minerals for 3 days 2 night at Kampung Vietnam Bidong
Kami telah pergi membeli barang keperluan seperti makanan di pasaraya yang terdekat sebagai bekalan semasa berada di Kampung Vietnam nanti. Hanya segelintir barangan sahaja yang dibeli memandangkan pihak dari UTHM juga akan menyediakan keperluan makanan apabila berada di sana nanti. Pembelian keperluan ini agak merumitkan kerana pihak kami harus berjimat cermat dan perlu membandingkan harga dengan pasaraya yang lain.
Selain daripada membeli barangan kering seperti biskut, maggi, roti, makanan basah juga kami turut membelinya kerana ketika berada di sana, pihak kami akan memasak sendiri. Justeru itu, pihak kami membuat perbandingan harga memandangkan kos keperluan makanan ini memakan perbelanjaan yang agak banyak.
Kami bukan sahaja membeli segala barang keperluan di pasaraya Mydin, malah turut membelinya di pasaraya Sabasun, Hock Kee Seng, Giant dan banyak lagi. Perbandingan harga yang dilakukan di antara pasaraya-pasaraya ini semua membuahkan hasil, kerana kami dapat mengurangkan serba sedikit kewangan dari segi keprluan seperti yang diperuntukkan. Malah, banyak pengalaman yang kami semua perolehi dalam melaksanakan tugasan ini. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila kami hendak membeli biskut timbang. Biskut itu kami perlu timbang sendiri dan memastikan sama ada timbangan tersebut cukup atau tidak untuk mereka makan di sana nanti.