BERSAMA MEMACU MASA DEPAN YANG LEBIH CERAH
Pada 13 hingga 15/7/2018 yang lepas, kursus SW Award Discovery telah dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dan disertai oleh 91 orang perserta dan 15 orang jurulatih dan urusetia. Kursus ini dijalankan sebagai prasyarat kepada para peserta sebelum mula melaksanakan SWA Voluntary Service.
Dalam kursus ini para perserta didedahkan bagaimana untuk melaksanakan SW Award berlandaskan 17 Sustainable Development Goals yang telah dipersetujui oleh kesemua negara angota United Nation.
Peserta diberi latihan secara teori dan amali yang dapat meningkatkan daya kreativiti masing-masing. Antara aktiviti yang dilakukan adalah sebuah permainan yang mengadaptasikan keadaan semasa yang memdedahkan para peserta akan pentingnya pengurusan yang baik dalam sesebuah organisasi mahupun program dan aktiviti yang akan dijalankan
Akhir kata, harapnya semua peserta dapat menghabiskan voluntary project mereka dalam tahun ini juga bagi mendapatkan lencana SW Award yang bersempena 100 tahun pengakap kelana