BERKHEMAH DEMI KEAMANAN SEJAGAT

BERKHEMAH DEMI KEAMANAN SEJAGAT

Assalamualaikum w.b.t. Saya telah menjalani program perkhemahan yang dinamakan Vigil 12.0 selama 2 hari 1 malam yang bermula pada 28 September 2019 sehingga 29 September 2019. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti family day bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain, juga saya mempelajari perkara asas dalam surviving skills seperti ikatan, memasak menggunakan kayu api, mendirikan khemah dan sebagainya. Tidak dilupakan saya juga turut diperkenalkan dengan istiadat pagi, lagu pengakap, undang-undang pengakap dan persetiaan pengakap. Walaupun ini pertama kali saya menyertai pengakap, tetapi saya terus jatuh hati kerana senior-senior pengakap sangat baik dan peramah. Mereka tidak mengabaikan kami yang masih mentah dalam dunia pengakap dan menganggap kami sebagai ahli keluarga mereka sendiri. Ini membuatkan saya sangat terharu dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti bersama sama mereka lagi. Kami juga melakukan community service dengan melakukan aktiviti pembersihan pantai dengan mengutip sampah sampah yg terdampar di tepi pantai. Program ini dinamakan VIGIL DAN PEMBERSIHAN PANTAI CLIMATE ACTION FOR PEACE.
Started Ended
Number of participants
31
Service hours
372
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Youth Engagement
Legacy BWF

Share via

Share