Berkampung di Sungai Petani, Kedah untuk SWA Discovery
SWA Discovery merupakan satu titik permulaan bagi seseorang ahli Pengakap itu untuk mendapatkan Scouts of The World Award. Tahun ini merupakan tahun yang istimewa kerana sudah 100 tahun Pengakap Kelana ditubuhkan iaitu pada 1918. Bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah, kursus ini telah dihadiri seramai 103 orang ahli Pengakap Kelana dan Remaja dari 11 buah Negeri. Kursus ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula pada 13 sehingga 15 Julai 2018.
Kursus ini telah mengajar para peserta mengenai pengenalan Better World Framework merangkumi MoP, SWA, dan WSEP, Sustainable Development Goals (SDG), cara-cara untuk membuat projek dan diakhiri dengan pembentangan projek pada hari terakhir. Majlis Perasmian Penutupan Scouts of The World Award Zon Utara Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Nizar bin Yusoff.