BENGKEL PERSEDIAAN KEM PENILAIAN RAMBU PKK
KEM PENILAIAN RAMBU KETUA PESURUHJAYA NEGERI akan berlangsung tidak lama lagi...
Suasana semakin hangat dengan semangat berkobar-kobar peserta kem membuat pelbagai persiapan. Dengan itu, seramai 7 orang pasukan latihan daerah bayan lepas turun padang membantu membuat penyelarasan dalam persediaan setiap peserta.
Persiapan yang dibuat adalah merangkumi slot ikatan, penyediaan sandwich sardin, air teh o air sirap, pembuatan layang-layang, melengkapkan lencana berdasarkan sijil yang telah ada dan pendaftaran Scout.org.
Tarikh : 14 nov 2017
Tempat : SK Bayan Lepas
Masa : 8 pagi - 4.00 ptg
Peserta : 44 orang
"TANDA CEMERLANG RAMBU PKK ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA NEGERI IDAMAN KAMI"
Sekian.