BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM BERKREDIT KLKM IPTA DAN PERSEDIAAN MAJLIS PENTAULIAHAN BP AWARD
Malaysia

BENGKEL PENGURUSAN KOKURIKULUM BERKREDIT KLKM IPTA DAN PERSEDIAAN MAJLIS PENTAULIAHAN BP AWARD

Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) merupakan sebahagian daripada Negeri yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). KLKM adalah nadi kepada pergerakan Pengakap di Universiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta. Segala aktiviti KLKM diselaraskan melalui Negeri KLKM yang dianggotai oleh semua Universiti dan IPT yang menubuhkan KLKM. Bengkel Pengurusan Kokurikulum Berkredit KLKM IPTA bertujuan untuk menyelaras semua peringkat pengurusan dalam aspek kokurikulum sama ada yang berkredit mahupun bukan berkredit yang diamalkan di IPTA. Penyelarasan, pelaksanaan serta proses penilaian secara sistematik dan seragam amat diperlukan agar semua daerah (setiap IPTA yang berdaftar dengan KLKM) melaksanakan aktiviti dan latihan secara profesional berpandukan silibus dan garis panduan yang seragam di seluruh Malaysia diperingkat daerah dan negeri dilaksanakan, maka pihak Negeri KLKM berhasrat untuk memantapkan pengurusan tersebut yang seragam di semua peringkat. Bengkel sebegini amat diperlukan memandangkan silibus dan kualiti latihan perlu dipandang serius kerana bagi melahirkan seseorang Calon Anugerah Baden-Powell serta pemegang Manikayu yang berkualiti, silibus, latihan dan bentuk penilaian yang seragam dan sistematik perlu disediakan selaras dengan hasrat Persektuan Pengakap Malaysia dan juga visi dan misi IPTA di negara kita untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam kalangan graduan universiti dan institusi pengajian tinggi amnya.
Started Ended
Number of participants
40
Service hours
26
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share