Bengkel Memperkasakan Pengkap Perempuan dan Pengakap Wanita kebangsaan 2018

Bengkel Memperkasakan Pengkap Perempuan dan Pengakap Wanita kebangsaan 2018

Bengkel Memperkasakan Pengakap Perempuan dan Pengakap Wanita Kebangsaan julung kali diadakan pada tahun ini sempena ulang tahun ke 50 (1968-2018) bagi penyertaan Pengakap Perempuan di Malaysia. Wilayah Persekutuan Labuan dipilih menjadi tuan rumah kerana sejarah permulaan penyertaan Pengakap Perempuan di dalam Persekutuan Pengakap yang pada mulanya hanya disertai oleh kanak-kanak lelaki dikesan bermula di Labuan pada tahun 1968. Bengkel ini disertai 53 orang pemimpin pengakap wanita dari seluruh Negara Malaysia selama 4 hari. Pelbagai topik tentang kepimpinan Pengakap Wanita, isu berkaitan kanak-kanak dan Wanita yang dibincangkan. Turut diraikan pada Majlis Perasmian Bengkel dan Sambutan Jubli Emas Pengakap Wanita , Perintis Pengakap Wanita di Malaysia Datin Hajah Dayang Pungut Bt. Abdul Jalil (open troop Labuan,1968), Puan Adilah Bt. Hassan dan Puan Noriah Bt. Abdullah (Kumpulan 42 Kota Bharu,1969).
Started Ended
Number of participants
70
Service hours
2100
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share