AGOONOREE PASIR GUDANG 2017
AGOONOREE Pasir Gudang Tahun 2017 telah dijalankan pada 12 Oktober 2017, Khamis di SK Taman Daya 3, Johor Bahru, Johor. Matlamat Program ini memberi fokus kepada kegiatan berpengakap dalam kalangan murid pendidikan khas bertujuan mempertingkatkan bakat dan kemahiran berpengakap. AGOONOREE Pasir Gudang, Johor ini dirasmikan oleh Pn Noor Hudah binti Jamal, Penolong Pengarah (Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor). Majlis penutup turut dihadiri Pesuruhjaya PPMNJ, Tn Hj Yaakob bin A.Karim; Pengerusi Jawatankuasa Daerah Pendidikan Khas Menengah, Puan Rosyati binti Manas; Yang Dipertua PIBG SK Taman Daya 3, Hj Ramlan bin Ismail dan ADC Pendidikan Khas PPM Pasir Gudang, Pn Noraspalelawati binti Razali.