‘Rovers together creating the better world’

‘Rovers together creating the better world’

Salam Sejahtera dan Salam Pengakap! Pada 13 sehingga 15 July 2018 telah berlansungnya satu kursus yang dijalankan di Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Sungai Petani di Kedah. Peserta yang terlibat didalam kursus ini seramai 100 orang peserta dari seluruh Malaysia. Antara negeri yang terlibat ialah Negeri Kedah sendiri sebagai tuan rumah, Selangor, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan selebihnya negeri yang berada di semenanjung yang lain. Saya dan pasukan saya seramai 4 orang mewakili kursus ini. Terdapat banyak input yang saya dapat sepanjang kursus ini berlansung. Antaranya penerangan tentang apa itu “Scout Wolrd Award” dan bagaimana kami ingin melakukan projek yang bakal kami lakukan selepas sahaja menyertai kursus ini. Kami juga di dedahkan dengan aktiviti yang menarik seperti mengecat dinding bangunan terbiar yang lama. Selain itu juga kami membuat meja dengan bahan buangan yang telah dikumpulkan serta di kitar semula menajadi meja yang lebih baik dan kukuh. Meja tersebut diletakkan untuk kegunaan ibubapa serta pengunjung yang menyertai program di tempat tersebut. Pelbagai input yang baru telah saya dapat semsa menyertai kursus ini. Kami juga didedahkan untuk melakukan aktiviti kumpulan. Aktiviti di dalam kumpulan pula, kami berbincang tentang satu projek yang sesuai untuk dilakukan serta yang mampu memberikan manfaat kepada semua. Setiap kumpulan memberikan idea yang baik dan amat bernas sekali. Saya juga mendapat pelbagai ilmu dari kursus ini serta mendapat banyak idea untuk penambahbaiikan tentang projek yang bakal kami jalankan.
Started Ended
Number of participants
100
Service hours
900
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme
Personal safety
Youth Engagement

Share via

Share