Pintu Gerbang Kontinjen Kubang Pasu (Jambori Kedah kali Ke-5 & Persaudaraan Antarabangsa)
Syukur Ke Hadrat Illahi atas Kurniaan Rezeki kepada Kontinjen Kubang Pasu dalam menjayakan Pintu Gerbang sehingga mencapai Naib Johan keseluruhan Pintu Gerbang sempena jambori Kedah Kali Ke-5 & Persaudaraan Antarabangsa pada tahun 2017 ini. Seramai 8 orang Kelana dari Kubang Pasu (K,P & R) telah bergabung tenaga dan idea dari 6hb sehingga 11 hb demi menjayakan Pintu Gerbang, selama seminggu siang dan malam secara bergilir tanpa henti dilakukan.
Faktor cuaca Hujan, panas dan berembun tidak mengahalang kerja-kerja kami. Alhamdulillah kami berhasil dan dibayar dengan kemenangan Trofi & Wang Tunai RM300.