Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

Perkhemahan Unit Beruniform SK Sandau

Perkhemahan ini telah berlangsung pada 31 Oktober 2019 (Persediaan oleh pengakap kelana Kinabatangan) dan 1-3 November 2019 (Perkhemahan) yang melibatkan 4 buah Unit Beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dan Persatuan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM) iaitu seramai 18 orang peserta, 28 orang guru dan 10 orang pengakap kelana sebagai petugas, jumlah keseluruhan ialah 156 orang. Menariknya, perkhemahan pada kali ini telah dibantu oleh 3 pasukan pengakap kelana daerah Kinabatangan yang kali pertama diadakan. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan peluang terhadap pasukan pengakap kelana yang baru ditubuhkan untuk menimba ilmu, manakala dapat mendedahkan secara langsung kepada peserta khasnya pengakap kanak-kanak mengenai pengakap kelana. Sebelum ini, mungkin mereka hanya mengetahui kewujudan pengakap hanya menggunakan uniform berwarna kelabu (persekutuan), namun pada perkhemahan kali ini pendedahan secara langsung menambah pengetahuan baharu kepada mereka mengenai uniform biru (pengakap udara) dan putih (pengakap laut). Anjuran perkhemahan ini dilaksanakan pada setiap tahun oleh Sekolah Kebangsaan Sandau, Kinabatangan. Namun, tahun ini merupakan tahun pertama pihak sekolah berkenaan melibatkan pengakap kelana sebagai petugas. Antara tugas pengakap kelana ialah membina pintu gerbang, layout khemah, mengendalikan aktiviti, mengendalikan istiada pagi dan menurunkan bendera serta membentu dalam pengurusan pertandingan gajet, malam kebudayaan dan kawad kaki. Pengalaman yang cukup bermanfaat juga diperoleh oleh pengakap kelana yang menjalankan tugas kerana berpeluang untuk memberikan khidmat terhadap masyarakat terutamanya kepada pihak sekolah. Pelbagai ilmu baharu yang diperoleh khasnya pengakap prakelana yang baru menyertai pengakap kelana pada tahun ini. Semoga, kejayaan dalam menjalankan tugas dalam perkhemahan ini pengakap kelana dapat mengorak langkah lebih luas lagi terhadap bidang-bidang yang lain.
Started Ended
Number of participants
156
Service hours
3744
Location
Malaysia
Topics
Partnerships

Share via

Share