Perjalanan ke Tanjung Datu

Perjalanan ke Tanjung Datu

Selama 3 hari sebanyak 40 pengakap, anak kapal, pemimpin pengakap dan beberapa wakil dari beberapa badan kerajaan, terutamanya Jabatan Laut Sarawak dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah bertolak dari jeti Jabatan Laut Sarawak Timur Muara Tebas dan bertolak ke Tanjung Datu atas kapal MV Mutiara Laut selama 8 jam kami berlayar ke Tanjung Datu. Setelah kami mendirikan khemah di deck kapal, masa kami diisi dengan beberapa taklimat seperti taklimat tentang aktiviti kami apabila telah sampai Tanjung Datu, taklimat tentang alam sekitar dan sambutan Gawai Raya. Pada keesokan pagi, selepas dua jam berlayar, apabila kapal lami sampai ke perairan Tanjung Datu, kami telah memakai 2 bot untuk mengangkut patrol-patrol ke pantai Tanjung Datu. Setelah semua patrol, pemimpin pengakap, wakil badan kerajaan, beberapa polis Indonesia dan Malaysia dan pengarah Jabatan Laut Sarawak telah sampai, kami, bersama Pramuka Indonesia, bermula mendaki bukit untuk ke Rumah Api Tanjung Datu, 94111. Apabila di Rumah Api kami diarahkan untuk membersihkan kawasan tersebut. Setelah tugasan kami selesai kami dan turun balik kami balik ke kapal MV Mutiara Laut dan Pramuka menaiki bot untuk balik bersama Polis Indonesia. Apabila semua pemimpin dan patrol telah balik ke kapal, kami berlayar ke Pusat Penternakan Penyu di Pulau Talang Satang bersama para pemimpin dan beberapa anak kapal Mutiara Laut kami dapat melihat anak penyu yang baru sahaja benih. Setelah kami selesai melihat penyu kami balik ke kapal kami. Pada malam tersebut, kami membentangkan refleksi aktiviti kami selama perjalanan ke Tanjung Datu. Pada keesokkan hari, kami menurunkan kemah kami dan bersedia untuk mendarat ke jeti Jabatan Laut Sarawak Timur Muara Tebas, setelah sesi bergambar bersama para pemimpin dan anak kapal kami juga semua bersurai.
Started Ended
Number of participants
31
Service hours
558
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share