PengembaraanKu Selatan-Utara
Satu pengalaman yang menarik diawal tahun 2018. Pengembaraan dengan menaiki kereta api ETS daripada stesen KTMB Pulau Sebang, Tampin, Melaka ke stesen Sg. Petani, Kedah. Kembara ini disertai oleh ahli pengakap daripada Melaka (Penganjur), Johor, Negeri Sembilan dan Kedah. Pengembaraan ini bermula pukul 7.55 a.m dan tiba di Sg. Petani pada jam 2 p.m. Perjalanan yang selesa, tidak menjemukan, kemudahan dalam ETS sangat memuaskan, kakitangan ETS yang mesra. Selain daripada itu dapat menambah lagi kenalan. Tiba di Sg.Petani kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki sejauh 1.5km ke SMK Khir Johari, tempat penginapan kami, aktiviti dan berkolabarasi bersama pengakap negeri Kedah.