PATROL LEADERSHIP CAMP 2018

PATROL LEADERSHIP CAMP 2018

Pada hari jumaat jatuh pada 12januari 2018 ,kami daripada kumpulan patrol 60 telah menghantar 8 orang peserta dari sekolah menengah kebangsaan taman Putri,kulai untuk ke SMK Dato Syed Esa,Batu Pahat dalam progam Johor Senior scout tahun 2018. Kami bertolak pada jam 9.50 pagi dari SMK Taman Putri dan selamat tiba di SMK Dato Syed Esa pada jam 10.05pagi .Keadaan cuaca yang hujan bukan halangan bagi kami untuk meneruskan segala aktiviti yang diberikan oleh penganjur.Kami menerima buku aktiviti bagi tujuan menyenangkan kami dalam menjalankan segala aktiviti yang diberi.selepas itu,kami diberi taklimat ringkas tentang perjalanan serta selok belok program ini. Pada waktu tengah hari ,pelajar lelaki mula memenuhi masjid untuk menunaikan solat jumaat.selepas itu,kami diberikan makanan tengah hari dan menjamu selera di kantin sekolah.Di samping itu ,sebahagian daripada kumpulan kami ke padang untuk mendirikan khemah.Apabila masuknya waktu asar kami bersembahyang dalam keadaan darurat.selepas solat,kami berpecah dari tiga kumpulan untuk menyelesaikan tugas kami. Perut kami mula bergetar kerana lapar dan kami menjamu selera di tapak perkhemahan dengan lauk masakkan yang telah disediakan daripada sebahagian ahli patrol kami.selepas solat magrib,semua ahli patrol serta pemimpin kami membaca surah yassin di surau.Selesainya bacaan yassin itu tadi,kami tidak bersabar dengan aktiviti yang hendak dilakukan pada malam ini.Kami dipecahkan kepada dua kumpulan .satu kumpulan dari kami berjalan kaki ke dataran Batu Pahat umtuk menjual makanan yang disediakan oleh pemimpin dan satu lagi kumpulan ke wisma pengakap untuk memasak bagi ahli patrol.saya ke wisma pengakap dengan menaikki van yang tidak boleh ditutup pintunya. akhir sekali,kami ke dewan SMK Dato Syed Esa untuk berkumpul bagi tujuan meriahkan program dengan menyanyi pada malam ini.kami berasa sungguh letih tetapi pengajaran itu membolehkan kami untuk membuka kedua dua belah mata kami.
Started Ended
Number of participants
185
Service hours
2220
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share