Mesyuarat Pengakap Kuala Muda
Pada 17 Februari 2016, pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam, telah diadakan Mesyuarat Pengakap Kuala Muda bertempat di SK Bandar Puteri Jaya. Saya dan seorang lagi ahli Pengakap KLM 21 telah menghadiri mesyuarat ini sebagai wakil urusetia bagi Perkhemahan Kursus Ketua Patrol dan Penolong Ketua Patrol yang akan diadakan pada 25-27 Februari 2016. Di samping itu, kami juga mewakili pensyarah kami iaitu Pn. Eliyawaton binti Mohd Alias sebagai ahli mesyuarat tersebut. Dalam mesyuarat tersebut, kami telah membincangkan tentatif perjalanan perkhemahan yang akan diadakan. Selain itu, kami juga diberi penerangan mengenai tugas-tugas urusetia semasa kursus ketua patrol tersebut. Sesungguhnya, ahli majlis mesyuarat pada malam tersebut begitu mengambil berat dan amat membantu kami bagi memahami tugas-tugas yang perlu kami laksanakan kelak. Akhir sekali, saya dan rakan saya turut dapat berkenal-kenalan dengan guru-guru pemimpin dan penolong pemimpin pengakap yang mewakili setiap sekolah pada malam itu.