Mesyuarat Bersama Untuk Kali Yang Pertama
Mesyuarat kali pertama bermula pada jam 2.00 petang bersama para kelana Tenom dan Kembong. Dalam mesyuarat ini,saya amat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk mengenali kelana Tenom,para ahli pengakap yang berpengalaman . Tidak dilupakan juga,dalam mesyuarat ini turut dibahagikan tugasan masing-masing dalam menjalankan ujian keahlian sempena Uniformku Hebat,dan ini turut memberi peluang kepada saya untuk menyumbangkan tenaga saya ketika program tersebut berlangsung. Dengan ini,saya telah mengambil cabaran untuk mengambil tugasan di stesen 3 iaitu tentang Lambang Pengakap. Saya akan membuat sebaik mungkin dalam membentangkan lambang Pengakap kepada para peserta agar ujian keahlian dapat dijalankan dengan jayanya.:)