MESYUARAT AGUNG PENGAKAP 2018 & ANUGERAH PENGAKAP SEK MEN KEB SUNGAI RAMBAI, MELAKA
Pengakap Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai telah mengadakan Mesyuarat Agung Pengakap 2018 & Anugerah Pengakap Sekolah. Seramai 87 orang murid dan enam orang guru penasihat telah menjayakan program yang diadakan di Dewan Iltizam. Seramai tiga orang ahli pengakap sekolah telah menerima anugerah kerana berjaya menyiapkan buku log Pengakap pada masa yang ditetapkan sebagai persediaan sebagai calon Pengakap Raja. Anugerah telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Norhayati binti Abdul Samad. Pemilihan jawatankuasa Pengakap Remaja dan Pengakap Muda bagi sesi 2018 pula telah dijalankan dengan lancar. Perancangan tahunan pengakap telah dijelaskan kepada ahli pengakap di samping memberi penghargaan kepada ahli pengakap yang telah menyertai pelbagai program pengakap pada tahun 2017.