Menjadi Urusetia ketika mesyuarat para guru bersama pesuruhjaya.
Untuk kali kedua saya mampu berkhidmat untuk masyarakat dan pada masa yang sama saya mampu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang kelana. Saya bersama dengan rakan-rakan telah menjadi urusetia selama 4 jam dan walaupun sepanjang kami menjalankan tugasan kami, kami banyak membuat kesalahan serta tidak menepati waktu yang telah ditetapkan ,namun tanpa kami sedari ini dapat memberi suatu pengajaran untuk kami untuk menjadi seorang insan yang lebih matang dalam alam pengakap ini. Penat lelah tidak dapat dirasai malah saya berasa sangat seronok kerana dapat mengeratkan lagi hubungan bersama kelana lain walaupun berasal dari sekolah yang berlainan. :). Kesalahan yang saya lakukan tidak akan lagi saya ulang melainkan mengubahnya untuk menjadi seorang yang lebih baik. "Learn from Mistake".:)