MAFUS Project - Kerja Pembinaan Ketika PKPB
Bermula 13 Mei 2020 semasa PKPB, aktiviti pembinaan dibenarkan untuk berjalan. Namun, kami harus mematuhi Standard Of Procedure (SOP) yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Saya MUHAMMAD SYAFIQ BIN MOHD RAHIMAN sebagai Ketua Pembinaan Projek MAFUS menjalankan tugas di Madrasah Haji Senik, Kg Pak Limah, Salor, Kelantan.
Sebagai Ketua Pembinaan Projek, saya menjalankan tugas dengan meneliti semua barangan keperluan dan membeli semua barangan keperluan simen plaster, besi penggosok, kayu penggosok dan penimbang air untuk sesi plaster dinding Madrasah Hj Senik selepas PKP tamat. Saya juga menjalankan tugas dengan memberi arahan pembinaan yang teliti kepada buruh-buruh MAFUS dan sukarelawan pembinaan Madrasah Hj. Senik sebelum memulakan kerja pembinaan.
Setelah selesai tugas sebagai Ketua Pembinaan, saya juga meneruskan kerja pembinaan Madrasah dengan membuat konkrit untuk sesi plaster/pemelasan dinding dan memelas dinding asas madrasah, tempat wuduk lelaki dan tempat wuduk perempuan Madrasah. Setelah siap sesi pemelasan, saya menyambung kerja dengan membersih kawasan dalam bangunan asas madrasah bagi memulakan sesi pembuatan konkrit pelataian madrasah.
Seramai 11 orang termasuk 8 orang ahli rasmi MAFUS dan 3 orang sukarelawan kampung menjayakan kerja pemelasan dan konkrit pelataian madrasah.