Macam mana nak masuk Pengakap?
Program Skim Latihan Lencana Keahlian dan Vigil Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor 2018
Program ini merupakan satu program yang mengajar seorang belia yang berminat untuk berdaftar menjadi seorang Pengakap Kelana bagaimana untuk menjadi seorang Pengakap Kelana yang patuh pada undang2 dan persetiaan pengakap. Program ini juga mengajar erti ikhtiar hidup sekaligus pembangunan seorang belia.
Selain daripada mengajar para peserta untuk berpengakap, program ini juga mengajar untuk berkhidmat kepada diri sendiri, kumpulan dan masyarakat setempat.
Antara aktiviti semasa program adalah Kem Kraf, Ikatan, Wilderness Aid, Kawad, Orienteering, Penganggaran, Pemetaan, Team Building, dan banyak lagi!
Program ini berjaya mendapatkan 20 orang ahli baru yang berdaftar dengan Pengakap Kelana Daerah Hulu Selangor.