Latihan dan Ujian Bersepadu Pengakap Tunas Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

Latihan dan Ujian Bersepadu Pengakap Tunas Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam

Seramai lebih kurang 100 orang pengakap tunas dari enam buah sekolah yang berbeza telah mengikuti latihan dan ujian bersepadu bagi mendapatkan Lencana Keahlian Pengakap Sedunia (bagi ahli baru), Lencana Anak Panah Gangsa dan Lencana Anak Panah Perak yang diadakan di Bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat yang lalu, anjuran Bahagian Pengakap Tunas PPNBD. Antara tujuan latihan dan ujian bersepadu ini diadakan ialah untuk membantu pemimpin-pemimpin dan penolong-penolong pemimpin pasukan pengakap tunas menjalankan latihan secara bersama dalam mengendalikan perjumpaan latihan mingguan disamping memudahkan pengajaran sistem latihan dan ujian kemahiran yang lebih sepadu dan selaras bagi ahli-ahli dalam mendapatkan anugerah lencana tertinggi pengakap tunas. Saya ditugaskan dibahagian Lencana Anak Panah Perak mengenai tajuk alam semula jadi yang berfokuskan kepada mengetahui tiga jenis tumbuhan yang boleh dimakan. Saya memilih tumbuhan pokok kelapa, pokok pisang dan pokok tomato. Antara isi kandungan tajuk yang saya terangkan termasuklah bahagian-bahagian pokok, kegunaannya dan khasiatnya.

Number of participants
100
Service hours
145
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share