Kursus Manikayu Peringkat 1. 2018
Seramai 34 orang peserta telah menghadiri Kem Kursus Manikayu Peringkat-1 yang dianjurkan oleh Pasukan Latihan Pengakap Negeri Pulau Pinang, pada 4hb hingga 6hb Mei, 2018 (selama 3 hari 2 malam) di SMK Teluk Kumbar II, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Dalam Kem ini kami diaggihkan kepada 4 Patrol, iaitu Kenyalang, Enggan, Rajawali dan Helang. selepas 3H2M, kami mendapat banyak pengetahuan mengenai pengakap dan bersemangat tinggi, juga berasa gembira sebab dapat berkenalan dengan rakan rakan pengakap dari Pulau Pinang.