Kursus Manikayu 3A KLM17
Kami telah menjalankan kursus Manikayu 3A selama 3 hari 2 malam di IPGKTI. Gambar menunjukkan ahli-ahli sekawan saya ialah ahli sekawan kuning dan jurulatih pembimbing kami Pn. Noraishah Yusof. Pada sesi pemeriksaan pagi bagi kali yang pertama, kumpulah kami telah mendapat kedudukan keempat daripada lima sekawan. Walaupun berasa sedih tetapi kami tidak berputus asa dan berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan menambahbaikan gajet-gajet kami, mengemaskan tapak perkhemahan kami selepas mendengar pendapat daripada penilai-penilai. Akhirnya, pada sesi pemeriksaan pagi bagi kali yang kedua, sekawan kami telah mendapat tempat pertama! Kami berasa gembira dan bersyukur kerana dengan kerjasama semua ahli kumpulan, kami dapat memperbaiki kelemahan tapak perkhemahan kami dan mendapat keputusan yang baik. Sekian terima kasih.