Kursus Manikayu 3A IPGKTI: "Ayuh Buat Sehabis Baik"

Kursus Manikayu 3A IPGKTI: "Ayuh Buat Sehabis Baik"

"Ayuh buat sehabis baik" : Perkhemahan selama 3 hari 2 malam ini telah mengembalikan semula jiwa dan semangat berpengakap dalam kalangan para pelajar. Pada mulanya, pelbagai halangan dan kekangan untuk melaksanakan program ini, namun hasil perbincangan, usaha serta semangat para pelajar dan pihak penganjur akhirnya program ini telah berjaya dilaksanakan. Perkhemahan ini ibarat 'short vacay' buat kami disebabkan oleh kepadatan kehidupan seharian di maktab. Selain daripada ilmu dan kemahiran yang diperoleh, kami juga saling berkongsi keseronokkan. Keseronokkan bersama memasak, membuat gajet malah keseronokkan makan durian yang pastinya babak penting dalam penceritaan ini. Coretan khas buat sekawan kuning, tahniah diucapkan. Walaupun mendapat tempat tercorot pada hari pertama namun dapat terus bangkit memperoleh tempat pertama pada hari akhir perkhemahan. Yell 'tahniah, tahniah, tahniah' telah bergema yang sedikit sebanyak menyuntik rasa terharu dan hiba dalam hati ini. Bangga yang teramat ketika itu. Akhir kata, terima kasih dan tahniah atas usaha semua. Salam pengakap !!
Started Ended
Number of participants
46
Service hours
828
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share