KURSUS KETUA KREW KELANA (4K: KE ARAH BP AWARD) PPM NEGERI KLKM (IPTA/IPTS) 2016
Kem ini memberi pengetahuan yang baru kepada semua ahli kelana kerana kem ini memberikan pendedahan mengenai cara-cara untuk mengurus sesebuah organisasi, melatih diri untuk menjadi pemimpin yang berkelayakan, menguruskan sesebuah program dan lain-lain lagi. Bukan itu sahaja, kem ini memberi kesedaran kepada ahli pengakap kelana terutama kepada ahli yang tidak mempunyai pengalaman berpengakap bahawa istilah pengakap itu membawa makna yang luas bukan hanya tertumpu kepada ikatan tetapi banyak pengalaman yang ditimba daripada kem ini. Buktinya, semua ahli pengakap kelana yang berlainan institusi pengajian mampu bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu projek atau tugasan seperti khidmat masyarakat, pembentangan projek serta pencarian tongkat untuk kawad tongkat pada setiap pagi. Tiada istilah saingan antara kelana tetapi hanya ada istilah ‘Kami Bersaudara”.