KURSUS KELANA (2K)
Kursus Kelana (2K) merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Pengakap Kelana Daerah Universiti Malaya. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan ahli Pengakap Kelana kepada ilmu kepengakapan Pengakap Kelana disamping mentauliahkan ahli Pengakap Remaja ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Pengakap Kelana. Antara slot yang dijalankan sepanjang Kursus Kelana ialah Pengenalan Skim Pengakap Kelana & Portfolio ‘Log Book’, Pengenalan Organisasi Pengakap & KLKM, dan Pengenalan MOP / SWA / WSEP.