Kolokium Antarabangsa Kepemimpinan Pengakap 2015

Kolokium Antarabangsa Kepemimpinan Pengakap 2015

RASIONAL 2.1 Kolokium ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin pengakap yang: i. lebih progresif dan konstruktif selari dengan perubahan yang berlaku pada masa kini; ii. mampu berfikir secara holistik dan futuristik serta dapat memenuhi keinginan generasi masa kini dan masa hadapan; dan iii. lebih dinamik, kreatif dan inovatif ke arah anjakan paradigma pemikiran bertaraf dunia. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Objektif kolokium diadakan adalah untuk: i. memberi ruang kepada pemimpin pengakap mengembangkan idea kepemimpinan melalui aktiviti kepengakapan; ii. menjana ilmu kepengakapan sebagai wadah ke arah pembinaan insan yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi; iii. menilai dan menambah baik gaya kepemimpinan dan latihan untuk memartabatkan bidang kepengakapan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; iv. menjadikan gaya kepemimpinan pengakap sebagai penanda aras kepemimpinan organisasi sosial; dan v. menerapkan kesedaran tentang kepentingan hubungan serta perpaduan antara negara serantau melalui kepengakapan. 4.0 TEMA 4.1 Tema Kolokium Kepemimpinan Pengakap 2015 ialah: “Transformasi Budaya Wahana Memartabatkan Kepemimpinan Pengakap” 4.2 Subtema Kolokium Kepemimpinan Pengakap 2015 ialah: i. Isu dan Cabaran dalam Kepengakapan. ii. Keperluan Pembangunan Kepengakapan. iii. Transformasi Kepemimpinan Kepengakapan Abad Ke-21. iv. Kemahiran Kepengakapan Abad Ke-21. v. Jaringan Kepengakapan Peringkat Global. vi. Visi dan Misi Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 2015 - 2020 PENGANJUR BERSAMA 5.1 Persekutuan Pengakap Malaysia dan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. 6.0 TARIKH 19 Mac – 22 Mac 2015 (Jumaat – Isnin) 7.0 TEMPAT TELTTRaC, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu 8.0 Jawatankuasa Pelaksana: Pengerusi : En. Ab. Rahim bin Yasin (IPGK Pendidikan Teknik) Timbalan Pengerusi : Dr. Ali Ahmad bin Seman (IPGK Pendidikan Islam) Naib Pengerusi : Hj. Yaakob bin Atan (IPGK Raja Melewar) Setiausaha : En. Zainal Ariff bin Mat (IPGK Ipoh) Pen. Setiausaha : Pn. Siti Khadzimah binti Sallip (IPGK Pendidikan Teknik) Bendahari : Pn. Kamaliah binti Ismail (IPGK Pendidikan Islam)
Number of participants
220
Service hours
1320
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share