KMK3B KLM 17 IPGKTI TERBAIK!
Pada 2 November sehingga 4 November 2018 telah berlangsung KMK3B di IPGKTI. Seramai 34 orang ahli pengakap IPGKTI telah menyertai kursus ini dengan jayanya. Saya telah dilantik sebagai ajk makanan dan menolong QM makanan untuk memasak makanan bagi ahli pengakap yang lain. Selain itu, kami juga telah menyertai anugerah keris emas yang menggunakan kaedah kedai.Daripada aktiviti tersebut, sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan dan memantapkan lagi kemahiran berpengakap. Di samping itu, dalam kursus ini saya telah belajar bekerjasama dan saling tolong menolong antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, bekerjasama dalam melaksanakan tugasan drama bagi malam kebudayaan sekaligus aktiviti drama dalam masa kebudayaan ini telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri ahli sekawan kuning. Pada hari terakhir, apa yang membanggakan lagi Sekawan kuning juga telah dinobatkan sebagai juara pemeriksaan pagi. Akhir sekali, saya berasa sangat gembira dapat menyertai kursus KMK3B ini.