KMK 3B KLM 17
Satu kursus manikayu 3B yang telah dijalankan bagi melengkapkan kursus manikayu 3. Kursus ini dijalankan selama 3 hari bermula pada hari khamis dan berakhir pada hari sabtu. Seramai 34 orang yang menyertai kursus ini. Terdapat 3 sekawan iaitu sekawan biru, sekawan kuning dan sekawan merah.
Setiap sesi yang dijalankan bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan mengenai pengakap. Terdapat beberapa jurulatih yang berpengalaman yang memberi tunjuk ajar kepada kami.
Kami berasa bersyukur kerana jurulatih sanggup berkorban masa untuk membantu kami melengkapkan kursus manikayu 3 ini.