KMK 3A PPM KLM 17 IPGKTI
Persatuan Unit Beruniform Pengakap KLM 17 Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru (IPGKTI) telah mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A pada 19 hingga 21 Julai 2018 (3 hari 2 malam) yang bertempat di Kafe Blok Baru IPGKTI. Kursus ini disertai oleh 46 orang guru pelatih yang mana 32 orang daripada semester 5 dan 14 orang daripada semseter 7. Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk memberi galakan kepada ahli Pengakap KLM 17 IPGKTI agar dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam bidang Pengakap. Saya memperoleh beberapa ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta kenangan yang manis sepanjang kursus ini dijalankan. Antaranya ialah, saya berpeluang untuk bekerjasama dalam Sekawan Merah semasa menghasilkan gajet dan menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada para peserta kursus. Pada masa yang sama, saya dan ahli sekawan berasa sangat bersyukur dan gembira kerana kami telah memperoleh tempat ketiga dalam Pemeriksaan Pagi pada hari terakhir kursus diadakan. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jurulatih / pensyarah kerana telah mengorbankan waktu cuti hujung minggu mereka semata-mata untuk memberikan input dan output yang berguna kepada kami agar terus berpengakap.
- Salam Pengakap -