KEM PENGEMBARAAN BERJALAN KAKI 40 KM KLKM USM 2017

KEM PENGEMBARAAN BERJALAN KAKI 40 KM KLKM USM 2017

Peserta dikehendaki berjalan kaki sejauh 8 km bermula dari Pusat Kokurikulum USM dan akan bermalam di SMK Teluk Bahang. Pengembaraan diteruskan pada hari kedua, peserta berjalan kaki sejauh 22 km dari SMK Teluk Bahang ke SMK Pondok Upeh. Pada hari ketiga, peserta berjalan sejauh 8 km dari SMK Pondok Upeh ke USM. Melalui program tersebut, peserta dapat membina keserasian dan mengikat tali persaudaraan yang kuat antara ahli krew dan juga dengan krew-krew lain. Selain itu, peserta dapat menguji ketahanan mental dan fizikal mereka terhadap aktiviti yang mencabar dan mereka berpeluang mengaplikasikan kemahiran kepengakapan yang dipelajari oleh mereka secara terus seperti membaca bearing dan menganggar ketinggian pokok, kelebaran dan kelajuan sungai. Akhir sekali, peserta juga berpeluang untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat di sekeliling kawasan yang mereka lalui.
Started Ended
Number of participants
1
Service hours
9
Location
Mozambique

Share via

Share