Kem Latihan Tahunan Pasukan Pengakap Kelana 41 Georgetown (Utara)
Saya selaku Naib Pengerusi/Penolong Krew dan ahli jawatankuasa Pasukan Pengakap Kelana 41 Georgetown (Utara) SMJK Perempuan China Pulau Pinang telah mengadakan satu Kem Latihan Tahunan Pengakap Kelana buat semua ahli lama dan ahli yang baru.Kem latihan ini telah diadakan 3 hari berturut-turut.Pelbagai aktiviti seperti pioneering, masakan rimba,kelas ikatan simpulan dan lain-lain telah diadakan sepanjang kem latihan ini.Tujuan kem latihan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli pengakap dengan rakan-rakan yang lain di samping memperkukuhkan keberanian dan kemahiran yang diperoleh oleh setiap ahli.Seramai 45 org yang terdiri daripada 20 orang ahli Tingkatan 6 Atas dan 25 orang lagi ahli Tingkatan 6 Bawah telah menyertai latihan ini.