Jelajah Tanah Adat

Jelajah Tanah Adat

Program Jelajah Tanah Adat ini diadakan untuk memberi penerangan kepada para peserta tentang Messanger Of Peace (MOP). Program ini berlansung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Terdapat 48 orang peserta dari 8 buah IPG di Malaysia yang mengikuti program tersebut. Program ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKRM Dr. Haji Nizam bin Abd. Latib.

Terdapat pelbagai pendedahan yang dibuat kepada para peserta antaranya menerangkan cara menggunakan Scout.org dan juga langkah-langkah untuk melaksanakan projek. Di samping itu, 17 matlamat SDG juga turut diterangkan dan diselitkan oleh mentor kepada para peserta bagi menjayakan matlamat yang diinginkan pada tahun 2030.

Started Ended
Number of participants
48
Service hours
864
Location
Malaysia

Share via

Share