Jamboree Pengakap Malaysia Ke-13 & Jamboree Antaravangsa Kuala Lumpur
SK Taman Johor Jaya 2 telah menghantar kontinjen ke Jamboree Pengakap Malaysia Ke-13 di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur. Penyertaan terdiri daripada 7 orang murid dan 3 orang guru.
Day 1:
Kami bergerak ke Kuala Lumpur pada hari Khamis, 24 November dengan menaiki bas yang disewa khas bersama-sama dengan kontinjen daerah Pasir Gudang.
Ketibaan kami di tapak jamboree disambut dengan hujan yang lebat. Kami terpaksa berteduh dahulu di pentas berhampiran pintu masuk utama. Apabila hujan reda, barulah kami bergerak ke tapak perkhemahan kontinjen Johor dan terus mendirkan khemah.