First Meeting with All the UMT members
Semua peserta SWA telah berkumpul dan bersama-sama membincangkan projek yang akan dijalankan. Segala maklumat projek diberitahu dan dibincangkan bersama mengenai rasional projek yang akan dijalankan. Segala kebaikan dan kelebihan projek ini dibincangkan bersama-sama dan ianya menepati syarat-syarat SWA. Projek ini akan dijalankan di kampung nelayan, Bidong atas faktor kekurangan sumber cahaya terutamanya di jalan-jalan utama kampung tersebut.
Perbincangan diteruskan lagi dengan pembahagian tugas masing-masing. Kesemua daripada Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan pengurusan, kumpulan sponsor dan kumpulan teknikal untuk peserta UTHM. Kami membincangkan mengenai skop tugasan kami bagi menjalankan projek ini. Setiap orang daripada kami mempunyai tugasan masing-masing dan boleh mula laksanakan tugasan tersebut sebelum projek dapat dijalankan.