Discovering New Knowledge on SWA
KLKM UIAM Kuantan telah menghantar 10 orang peserta untuk menyertai kursus Scouts of The World Award Discovery yang bertempat di UTHM, Johor. Program ini diadakan selama 3 hari 2 malam. Seramai 70 orang peserta dari seluruh negara Malaysia telah menghadiri kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara cara untuk mencapai anugerah SWA ini.
Pelbagai modul dan aktiviti telah dijalankan sepanjang program. Saya turut berkenalan dengan ramai kenalan kelana daripada pelbagai latar belakang di samping menuntut ilmu mengenai SWA. Banyak input input yang berguna telah saya perolehi seperti cara cara untuk membuat kertas kerja dan idea idea yang bernas untuk melaksanakan projek.
Kesimpulannya, impak daripada kursus ini telah mendorong saya menjadi lebih bersemangat dalam mencapai anugerah SWA. Semoga cita cita saya dapat ditunaikan kelak. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak komiti UTHM yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Sekian, terima kasih.