Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Latihan Ko-kurikulum Berkredit
Bengkel Pemantapan Pengurusan dan Latihan Ko-kurikulum Berkredit bertujuan untuk menyelaras semua peringkat pengurusan dalam aspek kokurikulum sama ada yang berkredit mahupun bukan berkredit yang diamalkan di IPTA. Penyelarasan, pelaksanaan serta proses penilaian secara sistematik dan seragam amat diperlukan agar semua daerah (setiap IPTA yang berdaftar dengan KLKM) melaksanakan aktiviti dan latihan secara profesional berpandukan silibus dan garis panduan yang seragam di seluruh Malaysia diperingkat daerah dan negeri dilaksanakan, maka pihak Negeri KLKM berhasrat untuk memantapkan pengurusan tersebut yang seragam di semua peringkat.
Bengkel sebegini amat diperlukan memandangkan silibus dan kualiti latihan perlu dipandang serius kerana bagi melahirkan seseorang Calon Anugerah Baden-Powell serta pemegang Manikayu yang berkualiti, silibus, latihan dan bentuk penilaian yang seragam dan sistematik perlu disediakan selaras dengan hasrat Persektuan Pengakap Malaysia dan juga visi dan misi IPTA di negara kita untuk melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam kalangan graduan universiti dan institusi pengajian tinggi amnya.
Kursus ini diadakan pada setiap hujung tahun di Institut Tadbiran Awam Negara, Wilayah Tengah (INTENGAH) Jalan Elmu, Kuala Lumpur. Jumlah peserta 30 hingga 40 orang terdiri dari semua Penolong Ketua Pesuruhjaya dan Semua Pesuruhjaya Daerah KLKM . Objektif kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta kepada sistem pentadbiran KLKM terkini diperingkat daerah dan negeri. Peserta akan melaksanakan Silibus Kokurikulum Berkredit (KKB) yang diselaraskan di semua Institusi Pengajian Tinggi. Peserta juga boleh merancang dan melaksanakan program dan latihan dengan baik mengikut Skim Latihan Pengakap Kelana dan Kursus Kepimpinan Manikayu serta melaksanakan pengurusan risiko dengan sempurna. Peserta yang menghadiri bengkel ini boleh menyediakan pengakap Kelana untuk pencalonan Anugerah Baden-Powell dan pemegang Manikayu yang berkualiti serta mengikut kehendak Persekutuan Pengakap Malaysia. Dalam masa yang sama, peserta didedahkan dengan penguruskan istiadat dan protokol majlis dengan sempurna sebagai persediaan untuk Istiadat Perbariasan dan Penganugerahan BP dan Manikayu tahunan.