61st Jamboree On The Air & 22nd Jamboree On The Internet

61st Jamboree On The Air & 22nd Jamboree On The Internet

 Bersempena dengan sambutan Jambori Di Udara (JOTA) ke-61 dan Jambori Di Internet (JOTI) ke-22 peringkat antarabangsa, KLKM USM turut tidak ketinggalan dalam menyertai sambutan tersebut dengan membuka Stesen Radio Amatur di Pusat Rancangan Kokurikulum USM dengan call sign 9M2PBP. Beberapa aktiviti dilakukan seperti Kod Fonetik, Kod Morse, Flag Semaphore, bertukar Jumperz ID (JID) dan berhubung dengan pengakap dari daerah dan negeri lain yang turut serta terlibat. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum USM, Prof. Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman, bersama-sama dengan Pengerusi Rancangan KLKM USM, Dr. Mohd. Anuar Bin Arshad.Sekalung penghargaan buat semua barisan Jurulatih dan Ketua Jurulatih bersama-sama ahli yang telah terlibat dalam penganjuran JOTA Ke-61 & JOTI Ke-22 di USM

Number of participants
200
Service hours
1200
Location
Malaysia
Topics
Youth Programme

Share via

Share