Pengisian masa cuti sekolah, 350 ahli pengakap dan unit beruniform sertai perkhemahan Kemporee Pedalaman Atas
Seramai 350 ahli pengakap telah meneyrtai perkemahan Kemporee Bahagian Pedalaman A selama empat hari di Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau. Antara peserta yang menyertai adalah dari daerah Keningau sendiri, Bingkor, Tambunan, Tenom, Kemabong, Sook, Kota Kinabalu dan CLC Pramuka Indonesia. Bukan sahaja ahli Pengakap tetapi perkhemahan ini juga disertai oleh beberapa unit beruniform lain seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Puteri Islam, Kadet Remaja dan banyak lagi. Pelbagai program menarik dijalankan sepanjang perkhemahan yang memberi banyak pengetahuan, pengajaran ataupun imput kepada peserta.