ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI PERAK (RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK) 2017
KHAMIS, 24 Mei 2017
IPOH, Perak- Bertempat di Dewan INTIM, seramai 36 ahli pengakap kanak-kanak dari Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Hilir Perak telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak atau lebih dikenali sebagai Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak iaitu anugerah tertinggi yang diberikan khusus untuk pengakap kanak-kanak. Majlis tersebut turut melibatkan ahli pengakap kanak-kanak dari daerah laen di sekitar negeri Perak. Peserta yang layak menerima anugerah tersebut melebihi 1500 orang. Majlis tersebut disempurnakan oleh Dato' Haji Zainol Fadzi bin Haji Paharuddin, Exco Kerajaan Negeri Perak.