SWA Voluntary Service : Mafus Project
SCOUT OF THE WORLD AWARD VOLUNTARY SERVICE: Madrasah For Us (Mafus) Project
Pengakap ialah gerakan pendidikan sukarela sukarela untuk golongan muda, terbuka kepada semua tanpa perbezaan jantina, asal, bangsa atau kepercayaan. Dalam berpengakap anak muda berpeluang untuk mengembangkan potensi emosi, intelektual, fizikal, sosial dan rohani mereka sepenuhnya sebagai individu, sebagai warga global yang bertanggungjawab, dan sebagai ahli komuniti tempatan, kebangsaan dan antarabangsa mereka. Dalam Pengakap, terdapat anugerah antarabangsa yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia iaitu 'SCOUT OF THE WORLD AWARD'. The Scout of The World Award telah dilancarkan untuk menggalakkan penglibatan lebih tinggi Pengakap kelana ( berumur 15-25) dalam pembangunan masyarakat dengan membuat mereka lebih menyedari isu-isu global mengenai dunia hari ini.
Bagi melengkapkan tugasan kami dalam proses untuk mendapatkan pencapaian 'Scout Of The World Award'. Kumpulan kami merancang untuk melakukan projek khidmat masyarakat di Kg Pak Limah Salor, Kota Bharu Kelantan. Di kampung Pak Limah Salor itu terdapat sebuah madrasah yang terbiar hampir 5 tahun. Madrasah ini sudah dinaiki busut, atap yang seakan ingin runtuh, dan keadaan dinding dimakan anai-anai. Bukan itu sahaja, pendawaian elektrik dan sistem siar raya juga telah dicuri. Madrasah itu juga menjadi tempat angjing liar berteduh dan membiak.
Oleh sebab itu, penduduk kampung itu terpaksa ke masjid/surau yg lebih jauh dari tempat mereka. Di situ juga terdapat ramai warga emas yang tidak larat untuk ke masjid/surau yang lebih jauh dari tempat mereka. Jadi, mereka terpaksa solat di rumah. Oleh hal yang demikian, kami merancang untuk membangunkan semula madrasah tersebut. Sasaran kami untuk siapkan madrasah itu sebelum bulan puasa supaya penduduk kampung dapat menunaikan solat terawih di madrasah tersebut.