SWA DISCOVERY ZON TIMUR 2019
Saya bersama seorang ahli blackflurry rovers wakil dari negeri Kelantan telah menghadiri Bengkel Scout of The World Award (SWA) Discovery Zon Timur bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Bengkel ini dijalankan selama 3 hari 2 malam.
Bengkel Scout of The World Award Discovery ialah satu kursus dimana ia mendedahkan cara sebelum memulakan projek SWA ataupun langkah pertama untuk mencapai Scout of The World Award. Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan Passport SWA sebelum memulakan projek dan ia merupakan perkara paling wajib. Ia akan memiliki Passport ini setelah mengikuti bengkel ini.
Pelbagai aktiviti dapat dilakukan ialah menanam anak pokok di rumah kebajikan anak yatim, permainan lumrah keluarga dan banyak lagi. Kami juga dapat pendedahan tentang Pengenalan SWA, SDG, BWF dan lain lain lagi. Banyak perkara yang saya dapat pelajari dan pengalaman saya dalam membentangkan cadangan projek bersama kumpulan.