STESEN 9M4SJSC untuk JOTA KE-62 & JOTI KE-23 DAERAH SIPITANG DI SMK.SINDUMIN

STESEN 9M4SJSC untuk JOTA KE-62 & JOTI KE-23 DAERAH SIPITANG DI SMK.SINDUMIN

Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pengakap Daerah Sipitang, Pengakap Pendidikan Khas SK.Pekan Sipitang, Pramuka CLC Gamben dan Teachers Team Radio telah merealisasikan Perkhemahan Jota Joti Stesen Sipitang yang bertempat di SMK. Sindumin, Sipitang pada 18-20 Oktober 2019. Perkhemahan ini berjaya memberikan pendedahan tentang cara dan kepentingan penggunaan radio dan internet apabila berkomunikasi dengan rakan Pengakap dari dalam dan luar negara. Selain daripada itu, kesemua peserta juga berpeluang terlibat dengan JOTA JOTI 3KM Run pada hari terakhir perkhemahan sempena dengan Sambutan Bulan Sukan Negara. Keseluruhannya, kesemua peserta yang terlibat dengan perkhemahan ini bukan sahaja dapat menambahkan ilmu kepengakapan dalam berkomunikasi menggunakan radio, internet dan mempelajari isyarat Semaphore, malahan mendapat manfaat dari segi kesedaran di dari segi amalan hidup sihat dan cergas.
Started Ended
Number of participants
150
Service hours
2700
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Communications and Scouting Profile
Partnerships
Youth Engagement
Youth Programme

Share via

Share