Skim Lencana, PMPR, Akademi Pengakap Sarawak (APS)
Kami sampai di Sumiran pada pukul 8:00 a.m. Kami telah menyertai aktiviti perkhemahan Kem PMPR. Aktiviti ini diadakan untuk mendapatkan lencana Usaha, Maju dan Jaya. Saya ialah peserta Usaha. Aktiviti ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu 26 Ogos 2017 hingga 28 Ogos 2017. Kami telah membuat banyak aktiviti sewaktu menghadiri perkhemahan ini seperti mengembara 8km, masakan rimba, halangan komando, kraf tangan dan malam pengakap. Kami banyak mempelajari ilmu perkhemahan. Perkhemahan ini memang menyeronokkan. Pada hari terakhir, 28 Ogos 2017, kami bersurai pada pukul 1:00 p.m.