Selesai Kursus KMK Peringkat 3(1)
Sebelas orang Pengakap KLM20 telah mengikuti Kursus KMK Peringkat 3(1) di Pusat Kokurikulum IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kursus anjuran Pengakap Zon Utara ini turut disertai Pengakap IPG Kampus Sultan Abdul Halim, IPG Kampus Perlis dan IPG Kampus Tuanku Bainun. Sepanjang tiga hari kursus memuatkan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepengakapan. Tahniah untuk mereka kerana memiliki iltizam yang tinggi dan cekal meneruskan cita-cita untuk menjadi pemimpin pengakap di masa hadapan. Tiga orang jurulatih pengakap dari KLM20 telah turut menjayakan kursus tersebut.