Sandakan JOTA JOTI 2019
Perkhemahan JOTA JOTI merupakan program wajib bagi Persekutuan Pengakap Bahagian Sandakan saban tahun. Pada perkhemahan kali ini iaitu pada 18 hingga 20 Oktober 2019, JOTA JOTI ini disertai seramai 560 ahli pengakap dari Bahagian Sandakan termasuk pelajar, guru-guru pemimpin pengakap dan AJK JOTA JOTI 2019. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ini memberi peluang kepada ahli-ahli pengakap untuk berkomunikasi dengan ahli pengakap dari serata dunia. Bukan sahaja berkomunikasi dengan ahli pengakap luar negara tetapi mereka juga boleh bertukar-tukar pendapat dan sekali gus mengenali budaya dan bahasa daripada berbilang bangsa di serata dunia.