Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019

Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2019

Pasukan Pengakap Tunas 1021, Sekolah Rendah Kampong Mata-Mata Gadong telah menjalankan taklimat tentang kesedaran autisme yang bertempat di dewan sekolah pada hari Sabtu yang lalu. Antara tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan ahli-ahli pengakap tunas tentang kewujudan pesakit autisme dan cara mengenali mereka agar tidak berlakunya pembulian. Selain dari itu, ahli-ahli pengakap tunas juga didedahkan mengenai latihan dan pendidikan yang dilalui oleh pelajar-pelajar autisme serta cara-cara berkomunikasi dengan mereka dan banyak lagi. Selesai taklimat, aktiviti Light It Up Blue pun diadakan dimana ahli-ahli pengakap tunas mewarna tapak tangan mereka dengan warna biru lalu mencetakya ke kertas atau kain putih (lihat gambar). Dari 30 orang ahli pengakap tunas, hanya 18 orang yang hadir untuk mengikuti aktiviti Light It Up Blue ini.

Number of participants
18
Service hours
27
Location
Brunei Darussalam
Topics
Youth Engagement

Share via

Share