Sambutan Hari Buku Sedunia dan Hari Bumi
26 April 2019 : Seramai 89 Pengakap Tunas Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam pada hari ini menyambut Hari Buku Sedunia dan Hari Bumi yang bertujuan untuk menggalakkan dan menerapkan budaya membaca dikalangan kanak-kanak serta memberi kesedaran tentang keburukan beberapa perbuatan kita selaku manusia terhadap alam sekitar dan bumi (seperti membuang sampah merata tempat, membuat pembakaran secara terbuka dan sebagainya) secara menyeluruh.
Ada berbagai aktiviti yang disediakan, antaranya ialah membaca buku selama 5 minit, peraduan mewarna, aktiviti teka silang kata dan banyk lagi. Aktiviti dari bahagian saya adalah “designing your own book mark” dimana ahli-ahli pengakap tunas dikehendaki membuat penanda buku mengikut kreativiti masing-masing dengan memilih tema yang disenangi samada tema Hari Buku Sedunia atau Hari Bumi. Dengan beberapa contoh yang disediakan, Alhamdulillah aktiviti yang dijalankan berjalan lancar dan terserlahlah kreativiti setiap ahli pengakap tunas yang mengikuti aktiviti ini.