Roti Lilit bersalut gula cair ala Pengakap
Malaysia

Roti Lilit bersalut gula cair ala Pengakap

Kusrus Manikayu dan Pengenalan Peringkat 1 dijayakan oleh pihak Kumpulan Latihan Kelana Siswa (KLKM) Universiti Sultan Zainal Abidin dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas (Bukit Bayas Primary School). Ramai ahli kelana hadir untuk kursus ini bagi menimba lebih banyak ilmu pengakap, kepimpinan, kemahiran dan sejarah pengakap. Semasa program ini, antara aktiviti yang dijalankan adalah, memperkukuhkan ilmu ikatan, membina 'Hour glass tower', masakan rimba, kawad kaki, kawad tongkat dan banyak lagi. Aktiviti yang dijalankan memberi manfaat besar kepada ahli pengakap yang terdiri daripada ahli kelana dan pemimpin di Terengganu. Aktiviti masakan rimba telah dijalankan dengan memasak roti lilit, kumpulan saya telah membuat perubahan iaitu roti lilit disalut gula cair, rasanya sangat enak dan mengeyangkan.
Started Ended
Number of participants
24
Service hours
24
Location
Malaysia
Topics
Personal safety
Youth Programme

Share via

Share